Alhamdulillah, setahun yang lepas Allah menjemput sis sekeluarga untuk menunaikan umrah. So, nak cerita sikit perjalanan sepanjang di Mekah dan Madinah bagi membantu bakal jemaah umrah mudah menunaikan. InshaAllah.
Sis share sikit harga masa kiteorang booking dalam November 2017 :
Harga seorang Dewasa : RM5,190.00 termasuk 3 bag (Bag tarik besar, bag tarik kecik, bag sandang untuk bawak kemana-mana) , Makan sepanjang berada di Mekah dan Madinah, Hotel bilik berempat, Ziarah luar dan Dalam tidak termasuk Ziarah tambahan, tiket flight (Air Asia X), visa, perkhidmatan mutawwif and semua pengangkutan perjalanan dekat sana.
and kalau bayar awal dapat kurang RM100.00 (promosi masa tu) **tips : jangan lupa tanya apa-apa promosi tau, so kiteorang bayar awal dapat seorang hanya RM5,090.00 sahaja.Sis sangat recommend kan bagi yang teringin sangat nak pergi and under bajet. Andalusia adalah antara agent yang sangat sangat boleh dipercayai.
Lagi satu, yang bestnya ceramah umrah percuma sahaja setiap hari sabtu and ahad. Boleh pergi dekat cawangan yang berdekatan, Ada yang sabtu sahaja dan ada yang ahad sahaja ada. Boleh contact cawangan dorang tau.
Sis sediakan link untuk contact cawangan andalusia ;
Sooooo, here we go perjalanan sis and family ke Baitullah.
13 Februari 2017
Berkumpul di rumah atok di jeram untuk sedikit bacaan doa dengan iringan azan oleh imam di kawasan rumah atok. Sayu sangat hati bila dengar azan tu. Happy nya masa tu taktau nak cakap.
![]() |
| Kami sekeluarga 7 beranak dan Pakde (adik ibu), Makde(isterinya) serta andak (adik ibu) |
Then, terus bergerak ke KLIA 2 and flight kiteorang pukul 2 so gerak awal bagi tak terlepas apa-apa maklumat dari mutawwif.
![]() |
| After check in luggage, amek gambar 1 family adik 4 orang tak ikut. Missing amin in picture (study poli) |
![]() |
| Kami 7 beranak |
with our cousins
![]() |
| with atok (belah ibu) |
Selepas check in lagguage bag, kami berkumpul di suatu sudut dalam KLIA 2. Mutawwif akan memberikan sedikit taklimat sepanjang dalam flight and bacaan doa.
![]() |
| Terima kasih pak anjang, pak andak and pak cik (belah ayah) hantar kami sekeluarga ke KLIA 2 |
![]() |
| Terima kasih semua Atok, Pakcik, Makcik, and sepupu-sepupu hantar kami |
![]() |
| Bergambar sebelum masuk dalam, bag semua dari Andalusia (termasuk dalam pakej). Dapat bag gantung, bag tarik kecik dan bag tarik besar (check in) |
Bermulalah sesi air mata dengan semua yang menghantar. Kemudian, bersiap sedia solat zohor sebab flight pukul 2petang.
![]() |
| Alhamdulillah dah masuk kapal terbang dan bermula 8 jam perjalan ke Madinah Al-Munawwarah |
![]() |
| 1st Meal dalam flight : Nasi Lemak ft ayam rendang |
Allright, ni sahaja untuk entry kali ni next entry sis akan cerita perjalanan di Madinah and apa aktiviti kiteorang sepanjang di Madinah with Andalusia. Nanti sis akan review jugak hotel, makanan, mutawwif and semua, see you next entry :)
Thankyou sebab sudi membaca, Assalamualaikum.










0 Comments